PARIS: Barisan serangan Real Madrid yang menggerunkan yang dikenali sebagai BBC dan barisan serangan pemusnah Barcelona atau MSN bakal berentap di luar padang apabila kesemua mereka dicalonkan bagi anugerah 'Ballon d'Or' atau Bola Emas oleh Fifa semalam.
BBC ialah singkatan bagi (Karim) Benzema, (Gareth) Bale dan Cristiano (Ronaldo) sementara MSN pula ialah untuk (Lionel) Messi, (Luis) Suarez dan Neymar.