SEMENTARA penyokong bola sepak setempat sebulat suara berkata mereka masih menyokong pasukan bola sepak nasional, pendapat mereka tentang masa depan ketua jurulatih nasional Bernd Stange berbelah bahagi.
Memberi maklum balas kepada komentar akhbar ini berjudul Berikan Stange masa, tapi berapa lama ya?, beberapa penyokong berkata Stange perlu memikul tanggungjawab atas prestasi pasukan nasional yang mengecewakan di Piala AFF Suzuki.