BULAN lalu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, mendakwa sekumpulan warga Malaysia telah disekat daripada memasuki Singapura di Pusat Pemeriksaan Tuas.
Kumpulan itu dipercayai penyokong bola sepak yang ingin menyaksikan perlawanan Piala AFF Suzuki antara Malaysia dengan Myanmar di Stadium Jalan Besar (JBS) pada hari yang sama.