PENYOKONG SETIA: Shaharuddie Abdullah meminati Jepun sejak melihat aksi mereka di Piala Dunia 1998. - Foto ihsan SHAHARUDDIE ABDULLAH
SEHATI SEJIWA: Mohamad Rizal Mohamad Harith, isteri dan anaknya semua menyokong skuad bola sepak Jepun. – Foto ihsan MOHAMAD RIZAL MOHAMAD HARITH
TAK SABAR LIHAT AKSI: Benson Koh tidak sabar mahu melihat pasukan kegemarannya, Jepun, dari dekat apabila pasukan nombor satu Asia itu turun menentang Brazil di Stadium Negara yang baru. - Foto ihsan BENSON KOH
BUKTI SAYANGKAN BRAZIL!: Peminat dari Clementi ini, Norman Jalal, menunjukkan koleksi jersi pasukan Brazil termasuk yang ditandatangi oleh pemain Manchester United kelahiran Brazil, Anderson. - Foto ihsan NORMAN JALAL
KAMI MINAT BRAZIL: Aariz Iman, Aaniq Ilhan dan Aalia Ilyna – anak peminat pasukan Brazil, Muhd Alias Abdul Samat – bergambar semasa di pameran sempena Piala Dunia Brazil yang lalu. – Foto ihsan MUHD ALIAS ABDUL SAMAT
KERETA PUN MINAT BRAZIL!: Encik Sa'adon Saman memang meminati Brazil sejak zaman pasukan Samba itu diwakili Zico dan Falcao. - Foto SA'ADON SAMAN
"Dan sekalipun Jepun ialah pasukan nombor satu Asia dan dibarisi para pemain yang bukan calang-calang, bagi saya ia masih tidak dapat menyaingi kehebatan samba Brazil. Selepas kekecewaan di Piala Dunia lalu, Brazil tentunya lebih ghairah dan bersemangat mahu menebus maruahnya." - Penyokong Brazil, Muhd Alias Abdul Samat.