Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA 2014

Perancis mara ke suku akhir, tewaskan Nigeria 2-0

Juara Afrika, Nigeria gagal mengadang kemaraan Perancis walau menguasai sebahagian besar permainan.
Jul 01, 2014 | 02:24 PM



PEMAIN simpanan Antoine Griezmann bukan sahaja membawa tuah malah menukar corak permainan setelah dimasukkan, membantu Perancis menundukkan Nigeria 2-0 dalam perlawanan pusing kedua yang dikuasai Nigeria di Brasilia sebentar tadi.


Gol pertama Perancis dijaringkan oleh Paul Pogba dalam minit ke-79; memanfaatkan kesilapan pertama penjaga gawang Nigeria Vincent Enyeama - yang cemerlang sepanjang perlawanan - untuk menanduk masuk gol peribadi pertama di Brazil. Perancis menggandakan jaringan dalam masa kecederaan, apabila asakan Griezman dalam petak penalti memaksa Joseph Yobo untuk menguis bola ke dalam gawang sendiri.


Nigeria, yang menguasai sebahagian besar permainan menyangka ia telah menjaringkan gol di awal separuh pertama, tetapi sentuhan Emenike untuk memperdaya Hugo Lloris dilakukan dalam posisi ofsaid.


Pogba hampir menjaringkan gol pertama pada minit ke-22 tetapi sepakan volinya hasil satu serrangan balas kilat berjaya ditampar keluar oleh Enyeama.


Namun kemasukan Griezman dalam minit ke-69 , menggantikan Olivier Giroud yang gagal melakukan sebarang percubaan tepat sepanjang permainan, menyemarakkan semangat Perancis, yang mula mengatur beberapa serangan bahaya.


Hasil gandingan 1-2 dengan Griezman, Karim Benzema hampir membuka tirai jaringan selang beberapa minit, tetapi percubaannya yang memperdaya Enyeama berjaya ditendang keluar oleh Victor Moses sebelum melepasi garisan gawang.


Enam minit kemudian, giliran Yohan Cabaye pula menguji Enyeama. Mengawal bola hasil tendangan sudut Mathieu Valbuena, Cabaye melepaskan rembatan kencang dari luar petak penalti yang mengena palang sebelum melantun keluar.


Dalam minit ke-78, Enyeama perlu meloncat dengan akrobatik untuk menyelamatkan tandukan Benzema yang meluru deras ke arahnya.


Selang seminit, Perancis membuka tirai jaringan melalui Pogba. Enyeama hanya berjaya menumbuk keluar tendangan sudut Valbuena ke arah Pogba yang mempunyai tugas mudah menanduk bola ke dalam gawang yang tidak dikawal.


Terdesak, Nigeria mula menghantar lebih ramai pemain untuk mengasak gawang Perancis, membuka ruang untuk Griezman di sayap kiri. Beliau hampir menjaringkan gol tiga minit sebelum wisel penamat tetapi Enyeama berjaya menampar keluar percubaan derasnya.


Dalam minit ke-94, Perancis meraih gol kedua yang menjamin kemenangannya, apabila Yobo memperdayakan Enyeama apabila beliau cuba menguis bola daripada kaki Griezman.


Perancis menyertai Costa Rica, Holland, Colombia dan Brazil di suku akhir hujung minggu ini dan bakal bertemu pemenang perlawanan antara Jerman dan Algeria yang berlangsung selepas perlawanan ini berakhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >