WALAU mara ke pusingan kedua sebagai juara Kumpulan E, persembahan Perancis yang diikat 0-0 oleh Ecuador di Maracana semalam mengundang keraguan tentang keupayaannya bersaing merebut Piala Dunia yang kedua.
Pemain Perancis tumpul di depan gawang dan seolah-olah kebuntuan idea walau lawannya beraksi dengan 10 pemain sepanjang separuh masa kedua.