Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perang tak jejas semangat atlit Syria tanding ke Olimpik

Aug 01, 2016 | 05:30 AM



MEDAN perang di Syria hanya beberapa kilometer saja dari Stadium Tishrin tapi Majid Ghazal, atlit lompat tinggi, terus berlatih keras membuat persediaan ke Olimpik di Brazil Ogos ini.



Sama seperti atlit Syria yang lain, Ghazal mahu memberi kebahagiaan kepada negaranya yang diselubungi keganasan dan peperangan sejak lima tahun lalu.



"Saya akan lakukan apa saja dengan jurulatih saya untuk mencapai kelakonna terbaik dan saya berharap mendaki podium dan membuat rakyat Syria gembira,'' kata Ghazal kepada AFP.



Hanya enam atlit Syria bertanding di Olimpik, dua atlit, dua perenang, seorang ahli angkat berat dan seorang pemain tenis meja.



Dua petinju adik beradik, kelas welterweight Ahmad Ghassoun dan kelas light heavyweight Ala - akan menyertai atlit lain jika mereka berjaya memaparkan persembahan baik dalam ujian kelayakan di Azerbaijan.



Masyarakat sukan Syria terbagi dalam perang saudara ini, ada yang menyokong pemerintah dan ada yang menyokong pemberontak dan tidak mengejutkan ada yang menyertai kumpulan yang menggelar diri mereka jihadis.



Awal tahun lalu penjaga gol Syria, Abdel Basset Sarout, dilaporkan menyertai militan ISIS.



Para atlit yang akan ke Rio telah menghadapi pelbagai rintangan seperti ancaman pengganasan, kemudahan latihan yang buruk dan larangan terbang ke luar negara sekali gus menghalang mereka daripada mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa.



Ramai daripada mereka berlatih di Stadium Tihrin di Damsyik, yang diserang mortar berulang kali dari kawasan pemberontak berhampiran dan mencederakn beberapa atlit.



Rejim Syria sudah dipinggirkan oleh banyak masyarakat antarabangsa sejak peristiwa menghentikan bantahan antipemeraintah yang tercetus pada 2011 yang mnumpahkan darah.



Banyak negara terutama negara Arab dan Eropah, telah mengenakan sekatan termasuk mengekang terbang ke luar negara.



Jurulatih Majid, Imad Sarraj, berkata atlit lompat tinggi ini mampu bertanding dengan yang terbaik di dunia, dan ini perlukan keizinan menyertai pertandingan di Eropah yang akan membantu beliau mencapai taraf yang diperlukan untuk berjaya di Olimpik.



Majid yang berusia 28 tahun, berpeluang mengambil bahagian dalam kejohanan di Beijing pada Mei, di mana beliau melepasi ketinggian 2.36 meter, hanya 6 cm kurang daripada rekod dunia.



"Kemudahan latihan di Syria tidak memadai,'' kata Ghazal yang dilarang masuk ke Maghribi dan beberapa negara Eropah untuk mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa.



Dalam 2012, pemerintah Britain enggan memberi visa kepada ketua jawatankuasa Olimpik Syria, Mowaffak Joumaa, menghadiri Olimpik London, menyebut tentang sekatan Kesatuan Eropah.



Joumaa mendakwa atlit Syria terlepas beberapa kejohanan antarabngsa atas sebab yang sama.



"Krisis di Syria memberi kesan yang besar ke atas persiapan dan latihan atlit, biasanya kerana kurang jaminan keselamatan," kata beliau.



Atlit yang akan ke Rio adalah antara mereka yang segelintir atlit Syria sertai Olimpik



Atlit heptathlon Syria Ghada Shouaa memenangi pingat emas pertama dan satu-satunya pingat emas di Olimpik Atlanta dalam 1996.



Ahli gusti Joseph Attiya menang perak di Los Angeles dalam 1984, sementara pingat terakhir Syria diraih petinju Nasr al-Shami, yang merangkul gangsa pada 2004 di Athens.



Mohammad Abbas, editor akhbar sukan Itihad berkata kehadiran atlit Syria di Rio "memaparkan bahawa Syria masih segar dan gagah di sebalik ancaman pengganasan''.



Pelari lompat pagar Ghafran Mohammad, yang berlatih di Stadium Tishrin, menyedari cabaran yang beiau hadapi.



"Saya berlatih di sini dan tidak gentar hadapi maut," katanya.



"Memang sukar untuk bertanding tapi memadai bagi saya mengambil bahagian dan mengibarkan bendera Syria.'' - Agensi berita,




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >