SEMASA zaman mudanya, Haji Kamsin Moslin pernah menyarungi jersi negara, malah pernah dilantik jurulatih pasukan sepak takraw nasional.
Kini bergelar datuk 12 cucu, Haji Kamsin terus menyumbang bakti dalam sukan kesayangannya itu dan akan 'bergandingan' dengan anak bongsunya, Zamri Kamsin, serta tiga cucunya bagi menyerikan lagi temasya Sukan Nasional Singapura (SNG) yang akan dirasmikan lusa dan berlangsung hingga 9 November.