KEJOHANAN semakin dekat, persiapan giat dipertingkat.
Itulah pendekatan Persekutuan Silat Singapura (Persisi) dalam menghadapi dua 'ujian besar' yang bakal ditempuhi para pesilatnya - Kejohanan Pencak Silat Sedunia Ke-16 di Phuket, Thailand, pada Januari depan dan temasya Sukan SEA Ke-28 yang bakal berlangsung di tanah air sendiri pada Jun 2015.