PERJUANGAN pasukan sepak takraw Team Singapore dalam Sukan Asia Incheon 2014 ini berakhir semalam apabila mereka tewas dalam satu perlawanan berat sebelah di tangan Thailand dalam acara antara regu di Gimnasium Bucheon.
Meskipun cuba mempelbagai strategi dengan menukar pemain, beregu negara masih gagal menangani kehebatan tiga serangkai Thailand dan terpaksa tunduk 8-21, 7-21 dalam masa hanya 27 minit dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A acara tersebut.