Perlawanan bola sepak Malaysia lawan Saudi dihentikan dek peminat lempar bunga api

SHAH ALAM: Perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Arab Saudi pada Selasa (8 Sep) malam dihentikan selepas peminat melempar suar dan bunga api yang melepaskan asap ke dalam padang.

"Perlawanan antara Malaysia dan Arab Saudi telah dihentikan oleh pengadil. Keputusan seterusnya akan dibuat oleh FIFA," kata satu tweet daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malaysia ketinggalan 2-1 pada minit ke-88 apabila penyokongnya membaling suar dan bunga api di Stadium Shah Alam, membuat padang diselimuti asap.

Peminat Malaysia daripada kumpulan 'Ultras Malaya' telah mengancam akan mengganggu permainan itu selepas kekalahan rekod 10-0 Malaysia di tangan UAE minggu lalu.

Kekalahan itu menyebabkan jurulatih Malaysia, Dollah Salleh, meletak jawatan dan presiden FAM, Tengku Abdullah Ahmad Shah, berjanji akan berundur. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.