Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perlawanan LionsXII-Sime Darby bermula 8.45 malam esok - serentak perlawanan lain

Aug 21, 2015 | 06:48 PM



PERLAWANAN penutup tirai Liga Super Malaysia (MSL) antara LionsXII dengan Sime Darby di Stadium Jalan Besar (JBS) esok (22 Ogos) akan bermula 8.45 malam - dan tidak pada 7.45 malam seperti perlawanan-perlawanan biasa sebelum ini.


Ini menyusuli keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mengarahkan agar semua perlawanan pusingan terakhir MSL musim ini dijalankan serentak.


Pemegang tiket yang tertera perlawanan akan bermula pada 7.45 malam akan dibenar masuk bagi pertarungan ini - mereka tidak perlu menukar tiket-tiket yang dibeli lebih awal itu.


LionsXII tentunya mahu mencatatkan kemenangan di hadapan penyokong setianya dalam pertarungan terakhirnya ini. Selain meneruskan rekod cemerlang tanpa kalah di JBS, kemenangan mungkin membuka peluang kepada anak didik Fandi Ahmad menduduki tangga keenam liga.


Kejuaraan MSL musim ini juga akan ditentunya malam esok dengan pendahulu, Johor Darul Takzim 1 (JDT1) menentang Felda manakala pasukan di tangga kedua, Pahang, bertandang ke padang Terengganu.


JDT1, dengan 46 mata, hanya perlu seri dengan Felda untuk ditabal juara selagi Pahang - dua mata di belakang JDT1 - tidak memenangi pertarungannya dengan kelebihan empat gol - sesuatu yang dianggap sukar sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >