Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Perlawanan S’pura menentang Papua New Guinea ditunda sehari ke 16 Jun

Penerbangan pasukan pelawat di awal minggu dibatalkan, hanya dapat tiba ke S’pura pada Khamis
Jun 14, 2023 | 04:51 PM



Perlawanan bola sepak persahabatan antara Singapura dengan Papua New Guinea ditunda sehari ke Jumaat, selepas penerbangan pasukan pelawat itu ke sini pada awal minggu dibatalkan dan ia tidak mendapat penerbangan alternatif sesuai.

Perlawanan di Stadium Negara itu asalnya dijadual berlangsung pada Khamis, 7.30 malam, tetapi pasukan Papua New Guinea hanya dapat tiba di Singapura pada malam yang sama.

Perlawanan itu kini ditunda ke Jumaat pada waktu dan tempat yang sama.

Mengumumkan perubahan itu dalam satu kenyataan media pada 14 Jun, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berkata ia dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Papua New Guinea (PNGFA) pada Rabu bahawa pasukan itu tidak dapat tiba di sini mengikut jadual yang dirancang.

FAS telah bersetuju menjadualkan semula perlawanan persahabatan itu mengikut jadual baru.

“Pemain dan pegawai pasukan dijangka tiba paa Selasa, 13 Jun, tetapi diberitahu syarikat penerbangan nasional mereka, Air Niugini, bahawa penerbangan mereka telah dibatalkan.

“Memandangkan Air Niugini tidak mempunyai penerbangan harian ke Singapura, usaha telah dibuat untuk mendapatkan penerbangan pengganti bagi pasukan itu, tetapi ini akhirnya tidak dapat dilakukan,” kata FAS.

“PNGFA telah mengesahkan bahawa mereka akan tiba di Singapura pada lewat petang Khamis, 15 Jun 2023, yang memerlukan keputusan menjadualkan semula perlawanan itu ke Jumaat.”

Menurut FAS, presiden dan pemangku setiausaha agung PNGFA telah menghubungi FAS untuk menyatakan kekesalan mereka dan memohon maaf kepada peminat bola sepak Singapura atas kejadian ini.

Penyokong yang telah membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan itu pada Khamis boleh menggunakan tiket sama bagi perlawanan pada Jumaat, kata FAS lagi.

Mereka yang tidak dapat pergi ke perlawanan itu boleh mendapat bayaran balik sepenuhnya daripada Sistic. Pengendali jualan tiket itu akan menghubungi mereka melalui e-mel mulai 17 Jun, 3 petang.

Singapura dijadual menentang Solomon Islands dalam satu lagi perlawanan persahabatan pada 18 Jun. Ia kini mempunyai masa rehat lebih pendek untuk membuat persiapan bagi perlawanan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >