Perlu sokongan korporat untuk kembang bola sepak

SOKONGAN syarikat untuk bola sepak bukan sahaja membantu mempertingkatkan mutu bola sepak setempat, malah membuka peluang untuk memperluas dan memperkasakan inisiatif mendekati masyarakat melalui sukan, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Zainudin Nordin.

"Kami berharap syarikat-syarikat akan melihat sukan, termasuk bola sepak sebagai pelantaran utama untuk memacu kesedaran tentang jenama dan nilainya," kata Zainudin.

Beliau bercakap demikian di majlis pemeteraian perjanjian tajaan antara FAS dengan Courts yang memperbaharui tajaannya untuk pasukan Courts Young Lions (CYL), di Stadium Jalan Besar (JBS) pagi Jumaat.

Perjanjian itu bermakna Courts kekal menyandang gelaran penyokong korporat CYL yang terbesar, selama empat musim berturut-turut.

Pasukan muda yang dipimpin sekali lagi oleh Aide Iskandar itu membuka tirai Liga-S lusa (Ahad) apabila ia bertemu Balestier Khalsa di JBS.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 45
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.