Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Permulaan buruk bagi Arsenal dan Cech apabila kecundang 0-2 kepada West Ham

Aug 09, 2015 | 11:03 PM



LONDON: Kehadirannya dialu-alukan sebagai 'pelengkap' dalam usaha Arsenal bersaing bagi mahkota Liga Perdana England (EPL) musim baru ini.


Bagaimanapun, penjaga gawang Petr Cech - yang membantu Chelsea muncul juara EPL empat kali sebelum berpindah ke Arsenal - melakukan dua kesilapan untuk membuka peluang kepada West Ham United mencatatkan kemenangan luar dugaan 2-0 dalam satu pertemuan di Stadium Emirates yang berakhir sebentar tadi (9 Ogos).


Kekalahan dalam perlawanan pembukaan di hadapan penyokong sendiri itu adalah yang kedua bagi anak didik Arsene Wenger dalam tiga musim tetapi ia tentunya pahit sekali untuk ditelan memandangkan Arsenal tiba bagi pertarungan itu dengan keyakinan melambung.


Selain melalui persiapan pramusim yang baik, Arsenal turut menjulang Perisai Masyarakat - yang secara tradisi menandakan permulaan musim baru EPL - dengan menewaskan juara bertahan liga, Chelsea, 1-0 di Wembley Sabtu lalu.


Keputusan Cech meluru keluar daripada garisan gawangnya membuka ruang kepada Cheikhou Kouyate menanduk gol pembukaan West Ham daripada hantaran tendangan bebas Dimitri Payet pada minit ke-43.


Kelengahan penjaga gawang asal Republik Czech itu menyelamatkan gawang kemudian menyaksikan percubaan Mauro Zarate daripada jarak 25 meter menghasilkan gol kedua pasukan pelawat - memberikan pengurus baru West Ham kemenangan penuh manis dalam tugas sulungnya dalam EPL.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >