Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Permulaan terbaik Spurs petanda takhta EPL bakal tercapai?

Oct 09, 2023 | 05:19 PM



LUTON: Tottenham Hotspur memulakan musim 2023-24 Liga Perdana England (EPL) dengan sangat cemerlang.


Mereka menuju ke rehat antarabangsa minggu ini dengan menduduki tangga teratas liga dengan 20 mata.

Kemenangan 1-0 atas Luton pada Sabtu lalu, yang datang walaupun bermain dengan 10 pemain sepanjang separuh masa kedua, memastikan Spurs kekal tidak tewas selepas lapan perlawanan dan mendapat jumlah mata paling banyak pada peringkat ini dalam era Liga Perdana mereka.

Bersama mereka di tangga teratas ialah saingan utara London mereka, Arsenal, yang mengalahkan Manchester City buat kali pertama dalam perlawanan liga sejak 2015 pada Ahad lalu.

Bagi Arsenal, situasi ini serupa musim lalu, dan mereka tidak akan lalai kerana mereka mendahului City dengan satu mata pada peringkat ini pada musim lalu.

Prestasi mereka akhirnya merosot pada penghujung musim itu dan mereka menamatkan musim itu lima mata di belakang juara EPL, Manchester City.

Kali ini, mereka mungkin akan bersaing dengan Tottenham juga.

Tottenham – yang seri 2-2 dengan Arsenal pada September – mempunyai rekod hampir sama musim ini, dengan kededuanya telah memenangi enam perlawanan dan seri dua, dan mereka juga mempunyai perbezaan gol yang sama – 10.

Tetapi Tottenham mendahului kerana menjaringkan lebih banyak gol (18) daripada Arsenal (16).

Bagi Tottenham, ini merupakan situasi baru bagi mereka, dengan hanya lapan perlawanan liga di bawah bimbingan Ange Postecoglou.

Sebelum kempen ini, Tottenham tidak pernah berjaya mengumpul 20 mata daripada lapan perlawanan pertama Liga Perdana mereka, tetapi mereka mencapai jumlah itu di bawah pengurus warga Australia itu selepas memenangi enam dan seri dua perlawanan.

Statistik menunjukkan mereka lebih berkemungkinan menamatkan musim EPL ini di tempat empat teratas, walaupun harus sedar bahawa mereka sudah menentang ketiga-tiga pasukan yang baru dinaikkan ke EPL dalam lapan perlawanan mereka.

Sejak Liga Perdana diperkenal pada 1992-93, 28 pasukan mengumpul 20 mata atau lebih selepas lapan perlawanan pertama dan daripada jumlah itu, 11 menjadi juara.

Sejak 2012-13, lima pasukan memenangi Liga Perdana selepas mendapat 20 mata atau lebih setelah lapan perlawanan pertama.

Permulaan baik Tottenham juga menyokong pelantikan Postecoglou, iaitu pelantikan yang dipersoal oleh beberapa penganalisis.

Gaya permainannya juga berbeza daripada gaya permainan bekas pengurus Tottenham, Antonio Conte dan Jose Mourinho.

Postecoglou merangkul Liga Perdana Scotland bersama Celtic semasa kededua musimnya bersama pasukan itu dan meraih treble domestik musim lalu.

Beliau meninggalkan Celtic sebagai pengurus kegemaran peminat dan nampaknya beliau akan mencapai status itu dengan sebahagian besar penyokong Tottenham. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >