RIO DE JANEIRO (Brazil): Belanda dan Argentina akan bertemu dalam pusingan separuh akhir Piala Dunia selepas masing-masing menewaskan Costa Rica dan Belgium dalam perlawanan suku akhir semalam.
Kelayakan kededua negara itu selepas tamat pusingan suku akhir bererti dua pasukan Eropah dan dua pasukan Amerika Selatan masih berpeluang menjulang trofi Piala Dunia di akhir kejohanan di Brazil.