PERTARUNGAN LionsXII dengan Kelantan yang dijadualkan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu malam esok dianjak kepada 8.45 malam lusa, sebagai tanda hormat menyusuli pemergian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz, yang meninggal dunia malam kelmarin.
Pertemuan itu merupakan jadual pertarungan kedua bagi kededua LionsXII dan pasukan tuan rumah, Kelantan, dalam Liga Super Malaysia (MSL) musim ini.
Kededua pasukan memulakan kempen tahun ini dengan cemerlang. LionsXII mencatatkan kemenangan besar 5-3 ke atas pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala Kelantan menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0.