Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pesta Futsal BH dapat sambutan hangat, pendaftaran ditutup

May 12, 2014 | 06:46 PM



PESTA Futsal Berita Harian (BH) yang dibuka pendaftarannya Khamis lalu mendapat sambutan amat menggalakkan hingga memaksa BH menutup pendaftaran bagi Liga Junior (Bawah 12-tahun) dan Liga Terbuka seminggu sebelum tarikh penutupan ditetapkan.


Namun, bagi pasukan yang masih ingin menyertai kategori Liga Korporat, pendaftarannya masih dibuka.


Yuran pendaftaran bagi Liga Korporat, yang dikhususkan bagi syarikat dan pertubuhan, ialah $500 setiap pasukan.


Bagi syarikat atau pertubuhan yang berminat, sila lungsuri http://beritaharian.sg/pendaftaran-pesta-futsal atau e-mel mhadi@sph.com.sg untuk pertanyaan.


Pesta Futsal BH itu bakal dipertandingkan berdasarkan format liga bagi memberi masa bermain maksimum untuk setiap pasukan, berbanding sebahagian besar pertandingan futsal yang mengenakan format kalah-mati.


Justeru, setiap liga dihadkan kepada lapan pasukan.


Seperti yang dilaporkan sebelum ini, pendaftaran berdasarkan yang dahulu di dahulukan.


Semua pasukan yang bakal bertanding dalam Pesta Futsal BH itu akan dimaklumkan menerusi e-mel.


Ia akan diadakan pada pada Ahad, 8 Jun, di Uber Sport East Coast Parkway.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >