MADRID - Taikun Singapura, Encik Peter Lim, telah disahkan sebagai pemilik baru kelab La Liga Sepanyol, Valencia CF.
Menurut laporan media negara itu, para pengamanah Yayasan Valencia CF seramai 22 orang bersetuju untuk menjual saham mereka kepada syarikat pelaburan Encik Lim yang berpangkalan di Hong Kong, Meriton Capital Limited, dalam satu mesyuarat di Madrid hari ini.
Encik Lim, berusia 60 tahun dan bernilai sekitar AS$2.4 bilion ($3 bilion) oleh Forbes, telah menawarkan sejumlah 420 juta euros ($720 million) untuk membeli Valencia, dengan 200 juta euros digunakan untuk melunaskan hutang kelab tersebut dan 170 juta euros bagi membina sebuah stadium baru, kata laporan laman The Straits Times.