INCHEON: Keputusan petinju wanita India, Sarita Devi, menolak pingat gangsanya ketika berdiri di podium pemenang adalah bertentangan dengan semangat kesukanan.
Ini dinyatakan oleh penganjur Sukan Asia Incheon semalam sambil menambah bahawa insiden itu akan disiasat dan pihaknya tidak menolak mengenakan tindakan disiplin ke atas petinju itu.