Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala AFC: Tampines hilang dua mata penting dek lalai saat akhir

Mar 16, 2016 | 07:44 AM



Apa yang mereka perlu lakukan ialah bertahan selama dua minit lagi. Tetapi kekurangan tumpuan pada minit ke-88 dalam perlawanan Piala AFC menentang Ceres La Salle akhirnya membuat Tampines Rovers kehilangan dua mata.



Ini selepas pemain Sepanyol Adrian Gallardo memanfaatkan sedikit kelalaian pertahanan Tampines untuk menjaringkan gol dan memberi juara Filipina itu keputusan seri 1-1 di hadapan 2,241 penyokong di Stadium Jalan Besar pada Selasa (15 Mac) malam.



Mujur keputusa itu tidak menjejas kedudukan tinggi Tampines dalam Kumpulan E. Mereka masih mendahului kumpulan empat pasukan itu dengan tujuh mata.



Ceres berada di tangga kedua dengan lima mata.



Sebelum permainan, V. Sundramoorthy telah menekankan kepentingan anak buahnya merebut tiga mata di padang sendiri kerana kemenangan di padang lawan sukar didapati. Oleh itu, tidak hairanlah jurulatih Rusa Jantan itu berasa kecewa.



Bagaimanapun, beliau memuji Gallardo, yang digelarnya pemburu gelap, dan memberi amaran kepada anak buahnya supaya sentiasa berwaspada terhadap pemain Sepanyol berbahaya itu apabila mereka bertemu di Bacolod, Filipina, pada 12 April.



Hafiz Abu Sujad, yang menyumbatkan gol keduanya dalam kejuaraan itu pada minit ke-69, berkata: "Kami tidak bernasib baik melepaskan gol lewat, tetapi kami semua memberikan yang terbaik.



"Kami menyasarkan mendapatkan semua mata di rumah dan perlu membaiki permainan kami. Tetapi kami masih di atas dan masih ada tiga lagi perlawanan jadi kami perlu memberi tumpuan dan melihat ke depan.



"Ceres sebuah pasukan baik dengan semua pemain kebangsaan mereka. Pertempuran (di Bacolod) sukar tetapi tiada apa yang mustahil selagi kami membetulkan kesilapan kami."



Dalam satu lagi perlawanan kumpulan itu, Selangor menewaskan Sheikh Jamal Dhanmondi dari Bangladesh 4-3 di Dhaka.



Satu lagi wakil Singapura dalam Piala AFC, Balestier Khalsa, tewas 0-1 kepada pasukan Filipina, Kaya, dalam Kumpulan F.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >