Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA AFF SUZUKI

Piala AFF Suzuki dipantau demi perangi 'kelong'

Nov 24, 2014 | 06:20 PM



DALAM usaha memerangi gejala 'kelong', sebuah agensi pakar akan memantau corak perjudianmencurigakan sepanjang Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Singapura dan Vietnam dari 22 November hingga 20 Disember.


Sportradar, syarikat pengumpulan maklumat yang berpangkalan di Switzerland, akan memantau kesemua 18 perlawanan dan mengadakan bengkel bagi pegawai pertandingan, berdasarkan persetujuan dengan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).


Pertandingan bola sepak dwi tahun ini menampilkan lapan pasukan dari lapan negara Asean.


"Kami tidak buta kepada bahaya ancaman 'kelong' dan penetapan keputusan perlawanan," kata setiausaha agung AFF Azzudin Ahmad dalam satu kenyataan.


"Menggunakan sistem pemantauan terbaik yang ada, kami akan awasi keadaan, supaya penyokong tidak perlu berbuat demikian," katanya.


Dalam 2007, sekumpulan pemain Vietnam didapati bersalah menetapkan keputusan perlawanan antarabangsa di Sukan Asia Tenggara (SEA) 2005. Julai lalu, mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara kepada pemilik kelab malam Eric Ding yang menawarkan pelacur kepada tiga pengadil bola sepak Lubnan dalam usaha menetapkan keputusan perlawanan.


Minggu lalu, Mahkamah Tinggi Singapura menafikan rayuan peniaga Dan Tan - dituduh mengepalai sindikat perjudian antarabangsa - bagi mengakhiri penahanan tanpa perbicaraan yang dijalaninya sejak tahun lalu.


"Pemain dan penyokong akan menjadikan Piala Suzuki ini pertandingan yang menakjubkan - kami akan berusaha seberapa boleh demi menentukan ia kekal bersih," kata pengurus kanan Sportradar Oscar Brodkin. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >