Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Bank AYA: S'pura mara ke final, tewaskan Myanmar 1-0

Jun 03, 2016 | 09:33 PM



Singapura 1



Myanmar 0



PERSEMBAHAN pemainnya kurang menyerlah, tetapi V. Sundramoorthy menikmati kemenangan dalam perlawanan pertama sebagai jurulatih bola sepak nasional, selepas Singapura menewaskan Myanmar 1-0 dalam Piala Bank AYA di Yangon malam tadi (3 Jun).



Faris Ramli menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-35, menyempurnakan peluang gol ketara pertama bagi pasukan pelawat yang bergelut membendung kelincahan dan kreativiti pemain Myanmar.



Kecuali saat gol dijaringkan, Singapura jarang mengancam pasukan tuan rumah, dengan permainan bak 'terkongkong' di bahagian padang Singapura, terutama pada separuh masa kedua apabila hujan lebat merumitkan perlawanan yang sukar bagi Singapura di Stadium Thuwunna.



Penyerang tunggal Fazrul Nawaz jarang menerima bola, sementara Azhar Sairudin - yang menyarung jersi nasional buat kali pertama - dan Safuwan Baharudin bergelut merintis peluang gol dari midfield, kerana terikat dengan tugas defensif. Dalam 'gerakan' menarik perhatian, Sundramoorhty memilih memainkan Safuwan di tengah padang, sementara Hariss Harun digandingkan dengan Baihakki Khaizan di tengah pertahanan.



Singapura sering tertekan dan terpaksa melakukan 'terkaman terdesak' bagi merebut bola daripada pemain Myanmar yang mengatur banyak serangan berbahaya sepanjang perlawanan, tetapi kurang tajam di depan gawang. Hassan Sunny juga beraksi dengan baik, menyelamatkan beberapa peluang gol ketara.



Tiga daripada empat kad kuning yang dilayangkan kepada pemain Singapura diterima pemain pertahanan - Hariss, Nazrul Nazari dan Baihakki, dengan Azhar menerima kad kuning keempat. Walau beliau menunjukkan beberapa sentuhan cantik pada babak pertama, penyerang Home United itu 'pudar' pada babak kedua dan digantikan oleh Yasir Hanapi.



Malam muram bagi Singapura mungkin dicerminkan oleh Fazrul yang dua kali gagal menemui sasaran dari jarak lima meter dengan gawang terkangkang luas.



Pada minit ke-78,  penyerang Tampines Rovers itu hanya mampu menyambar liar hantaran lintang Gabriel Quak, sementara rembatannya hasil hantaran Faris terpesong keluar dalam masa tambahan.



Sebaliknya, walau tewas, pemain Myanmar yang berusia purata 23 tahun mungkin keluar padang dengan keyakinan yang bertambah selepas menguasai perlawanan dengan lawan yang lebih berpengalaman.



Kemenangan ini bermakna Singapura mara ke final dengan Vietnam pada Isnin nanti. Vietmnam menewaskan Hongkong 4-3 menerusi tendangan penalti dalam perlawanan pertama, selepas jaringan terikat 2-2 selepas 90 minit.



Piala Bank AYA ialah pertandingan persahabatan empat penjuru yang dianjurkan buat pertama kali tahun ini.



Jika ingin menjadi juara,  V. Sundramoorthy perlu pantas mencari penyelesaian bagi kekurangan pasukannya. Vietnam tidak akan secuai Myanmar di depan gawang.



Singapura XI: Hassan Sunny, Baihakki Khaizan, Safuwan Baharudin (Zulfahmi Arifin, min ke-91), Hafiz Abu Sujad, Nazrul Nazari, Hariss Harun (kapten), Gabriel Quak (Zulfadli Zainal Abidin min ke-83), Faris Ramli, Izzdin Shafiq, Azhar Sairudin (Yasir Hanapi, min ke-60), Fazrul Nawaz



Myanmar XI: Kyaw Zin Phyo, Aung Zaw, Zaw Min Tun, David Htan, Yan Aung Kyaw (kapten), Ye Ko Oo, Aung Thu, Myo Ko Tun, Hein Thiha Zaw, Maung Maung Lwin, Than Paing




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >