Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Dunia: Jumlah finalis ditambah kepada 48 negara mulai 2026

Jan 11, 2017 | 10:01 AM



ZURICH: Majlis pentadbir Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sebulat suara meluluskan pada Selasa (10 Jan) pengembangan Piala Dunia kepada 48 pasukan pada 2026.



Dalam usaha membuat sukan itu lebih menarik di seluruh dunia dan menambah dananya, panel Fifa itu meluluskan format 16 kumpulan dengan tiga negara dalam setiap kumpulan, menurut tweet daripada akaun rasmi Fifa.



Langkah itu merupakan perubahan utama pertama ke atas Piala Dunia sejak kejohanan itu ditambah daripada 24 kepada 32 pasukan bagi kejohanan 1998 di Perancis.



Encik Gianni Infantino mengambil alih sebagai presiden Fifa 11 bulan lalu dengan ikrar akan membaiki kerosakan dek skandal rasuah pada akhir tempoh Encik Sepp Blatter dengan mengembangkan bola sepak di seluruh dunia.



Mengembangkan pusingan akhir Piala Dunia adalah perkara utama dalam rancangan itu.



Afrika dan Asia mungkin mendapat manfaat daripada keputusan tersebut dengan diberi lebih banyak tempat - kini lima bagi Afrika dan antara empat dan lima untuk Asia.



Tetapi bagi melegakan keraguan tentang pembaharuan Piala Dunia itu dalam kalangan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), jumlah tempat bagi benua itu juga mungkin ditambah daripada 13 sekarang.



Menurut sumber, di bawah format baru, Eropah mungkin mendapat 16 tempat manakala Afrika sembilan.



Bagaimanapun, maklumat itu belum disahkan, dan Fifa tidak dijangka segera mengumumkan keputusan akhir mengenai peruntukan tempat, yang boleh mencetus perdebatan sengit dalam beberapa bulan akan datang.



Format baru itu membayangkan 80 perlawanan - 16 lebih banyak daripada sekarang. Tetapi, perlawanan akan berlangsung dalam tempoh sama 32 hari. Dua pasukan daripada setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati 32 negara.



Bida bagi menjadi tuan rumah Piala Dunia 2026 belum dibuka, tetapi Encik Infantino telah menyuarakan sokongan bagi dua negara kerdil dalam sukan itu - Iceland and Wales - menjadi tuan rumah bersama.



Sumber rapat dengan Fifa berkata bida bersama oleh Amerika Syarikat dan Canada - dan mungkin melibatkan Mexico - mungkin juga muncul.



Maghribi juga disebut-sebut. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >