Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Dunia Ragbi: Ireland terkial-kial sebelum atasi Italy 16-9

Oct 05, 2015 | 06:10 PM



LONDON: Jurulatih Ireland, Joe Schmidt, tidak begitu gembira bahawa kejituan pasukannya tidak kelihatan semasa mereka mengatasi Italy 16-9 kelmarin, tetapi tetap menerima kemenangan yang bererti menjamin tempat ke suku akhir Piala Dunia Ragbi.


Ireland lulus ujian bermakna mereka yang pertama dalam kejohanan tersebut melalui trai Keith Earls dan konversi Johnny Sexton, tetapi persembahan mereka jauh daripada meyakinkan menjelang perlawanan terakhir menentang Perancis untuk menentukan juara Kumpulan D.


"Minggu lalu saya katakan saya akan menerima kemenangan walau dengan satu mata... tetapi kadangkala anda perlu menang dengan cara yang buruk, terutama apabila anda berdepan dengan pasukan-pasukan yang handal," kata Schmidt dalam satu sidang akhbar.


"Kami tidak bermain dengan kepantasan yang sama yang kami perlukan," tambah beliau.


Ireland telah merendahkan jangkaan mereka dengan memberi amaran bahawa Italy, yang mendapat suntikan dengan kembalinya Sergio Parisse daripada kecederaan, akan memberikan tentangan yang lebih sukar daripada yang diramalkan.


Tetapi Schmidt berkata, Ireland yang menyusahkan dirinya sendiri dengan terlalu banyak kehilangan bola kepada lawan mereka, membenarkan Italy merapatkan jurang mata pada satu sahaja pada awal separuh masa kedua sebelum Sexton menyelamatkan mereka.


Dengan pemain tengah Jared Payne dapat berlari semula selepas mengalami kecederaan pada tapak kaki, Schmidt berkata beliau akan mempunyai skuad penuh 31 pemain untuk dipilih bagi perlawanan minggu depan di Cardiff.


Kapten Paul O'Connell berkata, Ireland perlu menunjukkan persembahan yang besar yang sama dengan kejayaan-kejayaan lalu untuk mengatasi Perancis.


"Mungkin ini satu peringatan yang tepat pada waktunya," ujar O'Connell. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >