Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Dunia Ragbi: Jurulatih England sedar akibatnya jika tewas kepada Australia

Oct 02, 2015 | 07:31 PM



LONDON: Jurulatih England, Stuart Lancaster, sedar akan akibat kegagalan jika anak didiknya tewas kepada Australia dalam 'Kumpulan Maut' Ragbi Piala Dunia di Twickenham esok (3pagi Ahad waktu Singapura).


Kekalahan bererti England, yang tewas 28-25 kepada Wales pada hujung minggu lalu, menjadi tuan rumah pertama kejohanan dunia ini gagal ke pusingan kalah mati.


Australia, yang telah dua kali menjulang Piala Dunia dan merupakan pasukan yang persembahannya paling menjadi selain mempunyai bintang seperti pemain bek Israel Folau, berasa bahawa mereka mampu mengalahkan England.


Dalam lima pertemuan lalu di kejohanan Piala Dunia, England telah tiga kali mengalahkan Australia, termasuk kemenangan dalam final 2003.


Apa pun, satu perlawanan yang klasik boleh dijangkakan.


"Kami amat sedar apa yang dipertaruhkan - anda tidak perlu menjadi seorang saintis roket untuk memikirkannya," ujar Lancaster, yang kontraknya dilanjutkan sehingga selepas Piala Dunia 2019 di Jepun oleh Kesatuan Ragbi tahun lalu - keputusan yang mencetuskan kontroversi.


"Hakikatnya ialah jika kami tidak menang pada hari Sabtu, maka kami tidak akan mara dari peringkat kumpulan.


"Saya menyedari akibatnya, saya memahami bakal dipertanggungjawabkan 100 peratus. Saya tidak akan dapat menyembunyikan diri.


"Gambarannya akan berbeza sekali pada Sabtu malam selepas satu kemenangan."


England, yang menukar barisan tengahnya sekali lagi telah memanggil balik Jonathan Joseph selepas beliau tidak beraksi semasa kekalahan England di tangan Wales kerana kecederaan pada dadanya.


Brad Barritt kembali ke bahagian tengah manakala Sam Burgess dijadikan pemain simpanan.


Owen Farrell sekali lagi akan bermula sebagai jurulayang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >