Piala Europa: Liverpool seri 1-1 dengan Dortmumd

DORTMUND (Jerman): Liverpool meraih gol di tempat lawan yang berharga apabila ia seri 1-1 dengan Borussia Dortmund dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Europa pada Khamis (7 Apr).

Divock Origi menjarinkan gol hebat bagi Liverpool, tetapi Mats Hummels, kapten Dortmund, menyamakan kedudukan dengan tandukan kuat.

Keputusan itu memberi kelebihan kepada Liverpool apabila ia menyambut Dortmund dalam perlawanan kedua di Anfield dalam seminggu.

Pertemuan di stadium Signal Iduna Park itu merupakan kepulangan penuh emosi bagi jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp, yang menjadi jurulatih Dortmund selama tujuh tahun, memenangi dua kejuaraan Bundesliga dan Piala Jerman pada 2012.

Namanya menerima sorakan kuat daripada penyokong tuan rumah apabila ia dibaca sebelum sepak mula dan beliau memeluk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dortmund, Hans-Joachim Watzke, di garisan tengah semasa memanaskan badan. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.