Piala Europa: Semangat juang bawa Liverpool ke separuh akhir

LONDON: Liverpool bangkit daripada ketinggalan 3-1 untuk mengalahkan Borussia Dortmund dan mara ke separuh akhir Piala Europa, selepas tandukan tinggi Dejan Lovren pada masa kecederaan memastikan kemenangan 4-3 pada Khamis (14 Apr).

Liverpool, yang ketinggalan 2-0 selepas sembilan minit, akan disertai juara bertahan Sevilla, yang memerlukan sepakan penalti penentuan untuk mengetepikan Athletic Bilbao.

Sepanyol akan mempunyai dua pasukan dalam separuh akhir setelah Villarreal menewaskan Sparta Prague 4-2 dan 6-3 dalam dua perlawanan suku akhir, manakala Shakhtar Donetsk menewaskan Braga 4-0 di rumah untuk melengkapkan kemenangan agregat 6-1.

Dalam perlawanan di Anfield, gol pertama Dortmund dijaringkan Henrikh Mkhitaryan selepas Simon Mignolet menyelamatkan percubaan cemerlang Pierre-Emerick Aubameyang.

Tidak lama kemudian, Aubameyang menjadikannya 2-0.

Namun, tiga minit selepas babak kedua, Divock Origi memberi harapan kepada Liverpool apabila beliau menjaringkan gol.

Harapan itu seolah-olah pudar apabila Reus menjadikan kedudukan 3-1 selepas 57 minit.

Bagaimanapun, ia hidup semula hasil gol melalui sepakan lencong Philippe Coutinho, menjadikan kedudukan 3-2.

Anfield mengaum apabila Mamadou Sakho menyamakan kedudukan menerusi tandukan hasil sepakan sudut 12 minit sebelum tamat.

Akhirnya semangat juang Liverpool membawa ganjaran dengan gol oleh Lovren hasil hantaran James Milner. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 16
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.