Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala FA: Arsenal menang 4-0 tapi tambah masalah cedera

Mar 10, 2016 | 08:21 AM



LONDON: Arsene Wenger akan mengambil kira masalah kecederaan Arsenal selepas pasukan itu mara ke suku akhir Piala FA pada kos yang tinggi.



Aaron Ramsey, Per Mertesacker dan Gabriel Paulista semuanya digantikan semasa kemenangan selesa 4-0 kelab itu di Hull City pada Rabu (9 Mac).



Arsenal menjadi tuan rumah pada Watford Ahad ini untuk bersaing bagi tempat di separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley pada April. Tetapi Wenger mengakui dia terlebih dahulu harus memikirkan masalah kecederaan pemainnya.



Sebelum pergi ke Stadium KC untuk menemui Hull, Arsenal sudah pun kehilangan Petr Cech, Laurent Koscielny, Santi Cazorla, Alex Oxlade-Chamberlain, Tomas Rosicky dan Jack Wilshere kerana kecederaan.



Penyerang Perancis, Olivier Giroud, meraikan menjadi bapa buat kali kedua dengan menjaringkan dua gol untuk menamatkan kemarau gol 11 perlawanan.



Pemain antarabangsa England, Theo Walcott, menambah dua gol lewat.



Namun, peminat Arsenal sudah mula menunjukkan kekecewaan mereka Wenger belum berjaya menjadikan kelab itu juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 11 tahun.



Satu sepanduk yang dikibarkan semasa perlawanan dengan Hull itu berbunyi: "Terima kasih kerana memori Arsene tetapi sudah tiba masanya untuk pergi" - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >