Piala FA: Aston Villa, West Bromwich mara

LONDON: Gol lewat oleh Ciaran Clark dan Idrissa Gueye memberi Aston Villa, yang sedang bergelut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), kemenangan 2-0 ke atas pasukan divisyen empat Wycombe Wanderers dalam perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA pada Selasa (19 Jan).

Berada paling bawah dalam EPL dan kelihatan ditakdirkan tersingkir daripada liga itu, Villa hanya mampu seri 1-1 dengan Wycombe apabila mereka bertemu kali pertama 10 hari lalu.

Pertemuan kedua di Villa Park juga sengit, tetapi tandukan Clark pada minit ke-75 dan tendangan Gueye pada saat-saat akhir membolehkana Villa mara ke pusingan keempat di rumah menentang Manchester City.

Sebuah lagi kelab EPL, West Bromwich Albion, juga memperoleh kemenangan tipis, 1-0, ke atas kelab divisyen kedua Bristol City.

Penyerang Salomon Rondon menjaringkan gol tunggal permainan pada minit ke-52, bagi membolehkan West Brom bertemu kelab divisyen tiga, Peterborough United, di padang sendiri seterusnya.

Sementara itu, pasukan divisyen kedua Milton Keynes Dons, yang menewaskan Manchester United 4-0 dalam Piala Liga musim lalu, menewaskan Northampton Town 3-0 dalam perlawanan ulangan mereka, untuk bertemu juara bertahan EPL Chelsea di rumah sendiri dalam pusingan keempat. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 50
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.