PIALA FA: LionsXII tewaskan Terengganu 2-1 di JBS, hadapi tugas mencabar dalam separuh akhir kedua

MENANG tetap menang. Tetapi dengan hanya kelebihan satu gol untuk dibawa ke Terengganu pada pertemuan kedua Piala FA Malaysia Sabtu depan, jurulatih Lions XII pasti sedar bahawa mereka bakal menghadapi satu tugas yang besar dan sukar.

Dua gol dalam empat minit pada babak pertama jaringan Khairul Nizam dan Faris Ramli meletakkan Lions XII 2-0 di hadapan dalam pertemuan pertama di Jalan Besar semalam.

Bagaimanapun, Gustavo Lopez merapatkan jurang melalui satu tendangan bebas yang cantik yang menewaskan Izwan Mahbud. Kededua pasukan gagal menambah jaringan dan kedudukan kekal 2-1.

Sebenarnya Lions XII mempunyai banyak peluang keemasan untuk menjaringkan lebih banyak gol jika tidak barisan serangan yang kurang tajam atau kecemerlangan penjaga gawang Terengganu.

Gabriel Quak, Khairul Nizam dan terutama sekali Khairul Amri, mensia-siakan beberapa peluang baik yang jika masuk, mungkin menunjukkan keputusan akhir 5-1 kepada Lions XII.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.