Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala FA: Liverpool terkandas sedang pasukan utama lain mara

Jan 09, 2017 | 07:26 AM



LONDON: John Terry, kapten pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, dibuang padang apabila mereka mara ke pusingan keempat Piala FA dengan kemenangan 4-1 ke atas Peterborough United pada Ahad (8 Jan).



Terry, yang buat kali pertama sejak Oktober bermain dari mula, dilayangkan kad merah kerana mengasari Lee Angol di Stamford Bridge, tetapi Chelsea menang hasil dua gol oleh Pedro Rodriguez dan setiap satu daripada Michy Batshuayi dan Willian.



Tottenham Hotspur juga mara ke pusingan keempat dengan menewaskan Aston Villa 2-0, tetapi Liverpool terkandas dan menghadapi perlawanan ulangan di kelab divisyen empat Plymouth Argyle selepas dua pasukan itu seri 0-0 di Anfield pada Ahad.



Sabtu lalu, Manchester United, Manchester City dan Arsenal juga antara pasukan yang mendapat tempat di pusingan keempat setelah mengalahkan lawan masing-masing. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >