SHREWSBURY: Manchester United memberi sedikit kelegaan kepada pengurus Louis van Gaal dengan memasuki suku akhir Piala FA setelah mengalahkan pasukan Liga Satu (divisyen tiga) Shrewsbury Town 3-0 pada Isnin (22 Feb).
Van Gaal, subjek kritikan sengit berikut kekalahan mengejut 2-1 kepada Midtjylland Khamis lalu dalam Liga Europa, tidak diberi banyak kebimbangan ketika United menikmati kemenangan pertama mereka dalam empat perlawanan.
United mendahului 2-0 menerusi Chris Smalling dan Juan Mata selepas babak pertama yang berat sebelah dan gol ke-61 minit oleh Jesse Lingard menjamin kemenangannya dalam pusingan kelima itu.
United, yang perlu menjulang trofi ini sekali lagi untuk menyamai rekod 12 Piala FA Arsenal, akan bertemu West Ham United pada minggu kedua Mac dalam suku akhir. - Reuters