Piala FA: West Ham singkir Liverpool pada masa tambahan

LONDON: Angelo Ogbonna menanduk masuk gol kemenangan pada masa kecederaan apabila West Ham United mengalahkan Liverpool 2-1 untuk layak ke pusingan kelima Piala FA, pada Selasa (9 Feb).

Ogbonna melompat untuk memanfaatkan hantaran menerusi sepakan percuma daripada Dimitri Payet dan menanduk bola melepas penjaga gol Simon Mignolet ke penjuru gawang gol untuk memastikan kemenangan Piala FA pertama mereka ke atas Liverpool, pada perlawanan ulangan pusingan keempat.

Tuan rumah mendahului apabila Michail Antonio menjaringkan gol melalui tendangan hebat ke sudut atas sebelum rehat, selepas Liverpool mengawal permainan pada peringkat awal tetapi gagal mencari gol.

Kelebihan itu, bagaimanapun, dengan cepat dihapuskan, apabila Philippe Coutinho dengan bijak menjaringkan gol dengan menendang bolah di bawah tembok pemain West Ham yang melompat semasa tedangan percuma tiga minit selepas babak kedua.

West Ham akan menghadapi kelab divisyen dua Blackburn Rovers dalam pusingan seterusnya. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.