Piala Juara-Juara: Manchester City bangkit untuk seri 2-2 dengan PSG

PARIS: Manchester City mendapat kelebihan penting dalam suku akhir Liga Juara-Juara menentang Paris St Germain selepas ia meraih dua gol di tempat lawan ketika seri 2-2 dalam perlawanan pertama mereka pada Rabu (6 Apr).

PSG ketinggalan apabila Kevin De Bruyne membuka jaringan pada minit ke-38, tetapi Zlatan Ibrahimovic memanfaatkan kesilapan City untuk menyamakan kedudukan.

Ibrahimovic sebelum itu gagal menyempurnakan satu sepakan penalti.

Pasukan tuan rumah kemudian mendahului menerusi Adrien Rabiot, tetapi Fernandinho menjadikan kedudukan 2-2 selepas memanfaatkan kesilapan PSG.

City, yang bermain di suku akhir buat kali pertama, akan menjadi tuan rumah kepada PSG di Stadium Etihad pada Selasa ini. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 69
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.