Piala Liga: Everton tundukkan Manchester City 2-1

EVERTON mengalahkan Manchester City 2-1 dalam perlawan pertama separuh akhir Piala Liga di Goodison Park pada Rabu (6 Jan).

Gol kemenangan Everton, yang sekali gus memberi mereka kelebihan apabila bertemu dalam perlawanan kedua kelak, datang daripada Romelu Lukaku.

Ramiro Funes Mori memberi gol pertama Everton sejurus sebelum rehat.

Namun, gol itu menimbulkan tengkarah kerana Lukaku berada dalam kedudukan offside dan mengadang penglihatan penjaga gawang City, Willy Caballero, yang tidak dapat menyelamatkannya.

City kelihatan akan mendapat keputusan seri apabila 14 minit sebelum perlawanan tamat, Jesus Navas menjaringkan gol daripada satu serangan balas - hasil kerja cemerlang Sergio Aguero - untuk menyamakan kedudukan.

Everton tidak menyerah setelah jaringan Navas itu dan respon dua minit kemudian apabila Lukaku menandukkan gol hasil hantaran sempurna Gareth Barry. - Agensi

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.