Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Liga: Hull City ke separuh akhir lepas Newcastle gagal dalam sepakan penalti

Nov 30, 2016 | 07:49 AM



HULL: Newcastle United gagal menjarikan gol daripada tiga sepakan penalti apabila Hull City menewaskannya 3-1 untuk mara ke separuh akhir Piala Liga di Stadium KCOM pada Selasa (29 Nov).



Newcastle kelihatan akan melangkah ke separuh akhir apabila Mohamed Diame menjaringkan gol daripada hantaran Vurnon Anita terhadap bekas kelabnya.



Namun dalam masa satu minit, Robert Snodgrass menyamakan kedudukan apabila penjaga gawang Newcastle, Matz Sels, terjatuhkan bola tendangan Markus Henriksen ke arahnya.



Tuan rumah Hull bermain dengan 10 pemain pada keseluruhan masa tambahan selepas penyerang Dieumerci Mbokani dibuang padang pada minit ke-89 kerana menyerang Jamaal Lascelles dengan kepalanya.



Perlawanan itu rancak hanya pada masa tambahan, selepas 90 minit pertama menghasilkan cuma dua tendangan pada sasaran.



Jonjo Shelvey memulakan corak tendangan penalti Newcastle apabila sepakannya diselamatkan oleh Eldin Jakupovic.



Tendangan penalti pertama Hull diambil oleh Robert Snodgrass dan beliau tidak membuat kesilapan.



Kemudian, Dwight Gayle pula gagal dalam sepakan penaltinya buat Newcastle.



Kapten Michael Dawson menjadikan kedudukan 2-0, sebelum Christian Atsu berjaya menjaringkan penalti pertama Newcastle.



Tom Huddlestone menjadikan kedudukan 3-1, dan pemain serta peminat Hull kemudian menyambut kejayaan memasuki separuh akhir Piala Liga buat kali pertama selepas Jakupovic menyelamatkan tendangan lemah Yoan Gouffran. - Agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >