Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Liga: Liverpool, Chelsea mara

Aug 24, 2016 | 07:24 AM



LONDON: Daniel Sturridge menjaringkan dua gol apabila Liverpool mara ke pusingan ketiga Piala Liga dengan kemenangan 5-0 ke atas Burton Albion pada Selasa (23 Ogos), manakala Chelsea menewaskan kelab divisyen tiga Bristol Rovers 3-2.



Dua lagi gol Liverpool dijaringkan oleh Divock Origi dan Roberto Firmino, sementara gol kelima ialah gol sendiri pemain Burton, pasukan yang diurus oleh bekas pemain tengah Liverpool Nigel Clough.



Michy Batshuayi menandakan penampilan sulung sepenuh masanya bagi Chelsea dengan dua gol, sementara Victor Musapun menyumbatkan gol ketiga dalam kemenangan ke atas Bristol Rovers.



Dengan ini, pengurus Chelsea, Antonio Conte, menikmati kemenangan kompetitif ketiga berturut-turut.



Kelab Liga Premier Palace Crystal, Everton, Hull City, Swansea City dan Stoke City juga mara, dengan Peter Crouch menjaringkan hatrik bagi Stoke dalam kemenangan 4-0 di Stevenage.



Tetapi Watford dan West Bromwich Albion dibawa ke masa tambahan oleh penentang mereka daripada divisyen tiga, dengan Watford seri 1-1 dengan Gillingham, sementara West Bromwich seri 2-2 di Northampton Town. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >