Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Liga: Liverpool langkah ke separuh akhir lepas menang 2-0

Nov 30, 2016 | 07:16 AM



LONDON: Liverpool mara ke separuh akhir Piala Liga dengan pemain berusia 17 tahunnya, Ben Woodburn, menjadi penjaring gol termuda kelab itu dalam kemenangan 2-0 ke atas Leeds United pada Selasa (29 Nov).



Liverpool kecewa bagi sebahagian besar perlawanan pusingan kelima di Anfield itu, dengan lawannya daripada kelab tahap kedua itu berdaya menyerang balas.



Namun, Divock Origi membuka jaringan selepas 76 minit dan Woodburn, yang membuat penampilan pertama dalam pertandingan itu sebagai pemain gantian lewat, menendang voli kuat ke dalam gawang dari jarak dekat pada minit ke-81.



Pada umur 17 tahun dan 45 hari, Woodburn memadamkan rekod Michael Owen daripada buku rekod Liverpool sebagai penjaring gol paling muda.



Owen, bekas penyerang England, menjaringkan gol pertamanya bersama Liverpool pada umur 17 tahun 143 hari pada 1997. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >