Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Liga: Liverpool mara ke peringkat akhir

Jan 27, 2016 | 10:25 AM



LIVERPOOL: Simon Mignolet menyelamatkan tendangan Marc Muniesa bagi membolehkan Liverpool menewaskan Stoke City 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Anfield pada Selasa (26 Jan), untuk mara ke peringkat akhir Piala Liga.


Selepas Marko Arnautovic melenyapkan kelebihan agregat 1-0 Liverpool melalui jaringan yang kelihatan dibuat dari kedudukan offside, permainan memasuki masa tambahan dan kemudian penalti.


Setelah Mignolet menggagalkan tendangan penalti Muniesa, Joe Allen menjaringkan gol, sekali gus memberi kemenangan kepada Liverpool.


Ia satu kejayaan yang amat diperlukan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp. Liverpool akan berdepan sama ada Manchester City atau Everton dalam perlawanan akhir pada 28 Februari.


Ini final utama pertama Liverpool sejak 2012, apabila ia memenangi Piala Liga dan tewas kepada Chelsea dalam perlawanan akhir Piala FA. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >