Piala Liga: Man City mara lepas kalahkan Swansea 2-1

LONDON: Manchester City mara ke pusingan seterusnya Piala Liga dengan kemenangan 2-1 ke atas Swansea City pada Rabu (21 Sept), meneruskan permulaan baik mereka musim ini di bawah Pep Guardiola dengan kemenangan kesembilan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Juara bertahan itu mendahului menerusi Gael Clichy empat minit selepas rehat dan menambah satu lagi gol melalui pemain berusia 19 tahun, Aleix Garcia.

Swansea menjaringkan gol melalui Gylfi Sigurdsson pada masa kecederaan.

Dalam perlawanan lain, Tottenham Hotspur menundukkan pasukan peringkat ketiga Gillingham 5-0, dengan Christian Eriksen menjaringkan dua gol.

Hull City menempah tempat mereka di pusingan seterusnya selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Stoke City 2-1, hasil gol kemenangan pada masa kecederaan oleh Markus Henriksen.

Bristol City pula menewaskan Fulham 2-1. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:22
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,219.420 -14.950