Piala Liga: Man U mara ke separuh akhir, Arsenal disingkir

MANCHESTER: Zlatan Ibrahimovic dan Anthony Martial menjaringkan dua gol setiap seorang apabila Manchester United menghancurkan West Ham United 4-1 dalam suku akhir Piala Liga pada Rabu (30 Nov), manakala Arsenal tanpa disangka-sangka kecundang di tangan Southampton.

Ibrahimovic meletak United di depan pada minit kedua dan walaupun Ashley Fletcher menyamakan kedudukan, dua gol babak kedua Martial memulihkan kawalan tuan rumah sebelum Ibrahimovic menambah gol keempat pada masa kecederaan.

United menyertai Southampton, yang mengalah Arsenal 2-0 di Stadium Emirates, Liverpool dan Hull City ke separuh akhir.

Perlawanan di Old Trafford itu melihat Bastian Schweinsteiger membuat penampilan pertama musim ini untuk United sebagai pemain gantian lewat.

Bekas kapten Jerman itu baru-baru ini dikembalikan ke skuad utama selepas diketepikan oleh pengurus Jose Mourinho dan menerima tepukan besar apabila memasuki padang.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, berharap untuk memenangi kejuaraan ini buat kali pertama, tetapi sebaliknya keputusan beliau membuat 10 perubahan pada pasukannya memakan diri sendiri apabila Southampton mengakhiri kemenangannya dalam semua 19 perlawanan terakhir sebelum ini.

Gol Southampton dijaringkan oleh Jordy Clasie dan Ryan Bertrand.

Mohamed Elneny satu-satunya pemain yang mengekalkan kedudukannya daripada pasukan Arsenal yang menang 3-1 ke atas Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu, tetapi beliau keluar akibat kecederaan sebelum separuh masa dan digantikan oleh Granit Xhaka. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 27
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,956.130 -2.730