Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Liga: Manchester City mara ke pusingan keempat, Swansea tersingkir

Sep 23, 2015 | 12:32 PM



LONDON: Pemain baru Kevin De Bruyne sekali lagi menjaringkan gol bagi Manchester City mengalahkan Sunderland 4-1 dan mara ke pusingan keempat Piala Liga pada Selasa (23 September waktu Singapura).


Swansea City, bagaimanapun, tewas kepada kelab yang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) Mei lalu, Hull City.


City mendahului 4-0 pada minit ke-36 melalui gol oleh Sergio Aguero (penalti), De Bruyne, gol sendiri oleh penjaga gawang Sunderland, Vito Mannone, dan Raheem Sterling.


Ola Toivonen menjaringkan gol tunggal Sunderland.


Swansea kalah melalui tendangan David Meyler bagi Hull pada minit ke-41.


Selain itu, Aston Villa menewaskan Birmingham City 1-0, manakala Stoke City menang 1-0 di Fulham. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >