Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala Liga: United kalahkan Northampton 3-1

Sep 22, 2016 | 07:35 AM



LONDON: Manchester United menang 3-1 ke atas kelab divisyen tiga Northampton Town dalam perlawanan Piala Liga Bola Sepak Inggeris pada Rabu (21 Sept) bagi meringankan sedikit tekanan yang telah mula dirasai pengurus Jose Mourinho.



Mourinho melihat United kalah tiga perlawanan sebelum ini, tetapi gol oleh Michael Carrick, Ander Herrera dan pemain gantian, Marcus Rashford, di Sixfields membawa pasukannya mara ke pusingan keempat.



Juara bertahan Manchester City turut mara selepas menang 2-1 di Swansea City, menyertai Chelsea, Arsenal dan Liverpool dalam pusingan 16 pasukan.



Mourinho membuat sembilan pertukaran ke atas pasukan yang tewas 3-1 di Watford Ahad lalu, dengan Chris Smalling dan kapten Wayne Rooney mengekalkan tempat mereka.



Gol Northampton dijaringkan oleh Alex Revell melalui tendangan penalti.



Dalam perlawanan lain, West Ham United, yang sedang terkial-kial dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), memerlukan gol daripada sepakan percuma pada minit ke-96 oleh Dimitri Payet untuk mengalahkan pasukan divisyen empat Accrington Stanley 1-0 di Stadium London.



Charlie Austin dan James Hesketh pula menjaringkan gol bagi Southampton menewaskan Crystal Palace 2-0 di St Mary.



Paddy McNair menjaringkan dua gol apabila Sunderland bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 di Queens Park Rangers. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >