Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG PIALA DUNIA QATAR

Pilihan tinggal di khemah 'mirip Badwi' bagi peminat ke Piala Dunia

Jun 17, 2022 | 05:30 AM



DOHA: Qatar merancang mendirikan 1,000 khemah "mirip masyarakat Badwi" di padang pasir untuk peminat bola sepak asing yang bertandang ke negara itu sempena Piala Dunia nanti, kata penganjur.



Seramai 1.2 juta pelawat - hampir separuh jumlah penduduk di Qatar - dijangka tiba di negara itu untuk menyaksikan Piala Dunia yang akan berlangsung dari 21 November hingga 18 Disember ini nanti.



Khemah-khemah itu akan dibina di landskap padang pasir yang mengelilingi Doha, untuk menawarkan pengunjung pengalaman bermalam di bawah khemah, kata ketua penginapan bagi penganjur, Omar Al-Jaber.



"Kami akan memberi peluang kepada peminat untuk tinggal di padang pasir," kata Omar, sambil menambah bahawa 200 khemah akan diperuntuk sebagai tempat penginapan lebih mewah.



Qatar mempunyai sekitar 30,000 bilik hotel, menurut anggaran terkini oleh Qatar Tourism, dengan 80 peratus daripada bilik tersebut kini diperuntuk bagi tetamu Fifa, kata Al-Jaber.



Fifa akan melepaskan bilik yang tidak diperlukan oleh pasukan, pengadil, media dan pegawai lain memandangkan kejohanan semakin hampir, seorang jurucakap memberitahu Reuters.



Buat masa ini, Qatar terpaksa memperuntuk tempat-tempat penginapan bukan hotel bagi menampung bilangan pengunjung yang besar yang bakal ke sana.



Ini termasuk dua kapal persiaran di pelabuhan Doha, serta vila dan apartmen yang dikongsi.



Kesemuanya, sekitar 69,000 bilik di tempat-tempat ini akan diuruskan oleh Accor, pengendali hotel terbesar di Eropah.



Menurut Omar, pihaknya juga sedang merancang untuk memasang tempat penginapan pasang siap di kawasan kosong.



"Secara keseluruhan, kami mempunyai lebih 100,000 bilik dan masih terdapat beberapa pilihan baru," katanya sambil memberi jaminan ruang penginapan yang mencukupi bagi pelawat ke Qatar sempena Piala Dunia nanti. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >