Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pingat emas wushu pertama SG dalam Sukan SEA Vietnam

ZULAIQAH ABDUL RAHIM Dari Hanoi 

May 15, 2022 | 05:30 AM



ATLET wushu negara Chan Jun Kai merangkul pingat emas dalam acara taijijian lelaki di Sukan SEA Vietnam semalam.



Kemenangan itu adalah pingat emas pertama Singapura dalam sukan itu di Vietnam dan pingat kedua Chan selepas beliau meraih pingat gangsa dalam acara taijiquan lelaki kelmarin.



Persembahan Chan di Gimnasium Cau Giay mendapat 9.72 mata untuk menewaskan warga Indonesia Nicholas (9.71 mata) dan Jones Llabres Inso dari Filipina (9.70 mata).



Chan, 21 tahun, pernah menang pingat gangsa dalam acara taijijian lelaki di edisi temasya 2017 di Kuala Lumpur.



Sementara itu, harapan pelari negara Goh Chui Ling untuk menang beberapa acara di Sukan SEA Vietnam kelihatan cerah apabila beliau menggondol pingat gangsa dalam lumba 1,500 meter wanita semalam.



Goh, 29 tahun, merakam masa 4 minit 33.41 saat dan menamatkan perlumbaan di belakang pelari pasukan tuan rumah, Nguyen Thi Oanh (4:14.98) dan Khuat Phuong Anh (4:25.90), untuk naik ke podium buat pertama kali dalam lima edisinya di Sukan SEA.



Warga Singapura menduduki tempat kedua untuk sebahagian besar perlumbaan itu tetapi dipintas Khuat berbaki 150 meter.



Dalam silat pula, pejuang negara Muhammad Syakir Jeffry berjaya mengatasi Pimpirat Tonkhieo dari Thailand 38-31 di Gimnasium Bac Tu Liem semalam untuk mara ke separuh akhir acara tanding putera kelas H (80-85kilogram).



Syakir, 20 tahun, dalam penampilan sulungnya di Sukan SEA, akan menjamin sekurang-kurangnya pingat gangsa untuk Singapura.



Laporan Sukan SEA Vietnam:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >