INCHEON, KOREA SELATAN: IMPIAN puteri mendayung Singapura, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee, memenangi pingat dalam Sukan Asia Incheon tidak kesampaian apabila beliau menduduki tempat keempat dalam acara 2,000 meter lightweight single sculls pagi semalam.
Pemenang anugerah Jauhari Harapan Berita Harian tahun ini gagal mengulangi kecemerlangan yang ditunjukkan dalam Sukan SEA Disember lalu setelah menduduki tempat corot daripada empat peserta yang mengambil bahagian.