VIENNA: Michel Platini dilantik tanpa bertanding sebagai presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) bagi tempoh ketiga di Kongres tahunan semalam, di mana beliau turut memuji badan bola sepak Eropah itu sebagai "yang terbaik".
Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) Sepp Blatter - tetamu ke majlis itu - terpaksa mengharungi selautan kritikan daripada pencabarnya bagi jawatan itu.