Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Platini mungkin hadapi masalah lagi kerana hadiri acara di Dubai

Dec 30, 2015 | 01:54 PM



MIAMI (Amerika Syarikat): Presiden Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) yang diharamkan, Michel Platini, mungkin menghadapi siasatan lanjut oleh jawatankuasa etika Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) kerana menghadiri sebuah majlis anugerah dan persidangan di Dubai walaupun dilarang daripada "semua kegiatan bola sepak".


Platini diharamkan lapan tahun pada 21 Disember, bersama presiden Fifa, Sepp Blatter. Beliau telah merayu keputusan itu dan menegaskan beliau tidak bersalah.


Pengharaman itu berkaitan bayaran dua juta franc Switzerland ($2.85 juta) yang dibuat oleh Blatter kepada Platini pada 2011, sembilan tahun selepas beliau selesai bekerja sebagai perunding bagi Blatter.


Pada 27 Disember, Platini menghadiri Anugerah Bola Sepak Globe anjuran Majlis Sukan Dubai di negara itu, bersama bintang seperti Lionel Messi dari Argentina dan Andrea Pirlo dari Italy.


Warga Perancis itu juga membuat komen mengenai pengharaman yang dikenakan ke atasnya kepada media Italy semasa manakala di Dubai.


Keputusan pengharaman Fifa itu menyakatan bahawa Blatter dan Platini diharam "selama lapan tahun daripada sebarang kegiatan berkaitan bola sepak (pentadbiran, sukan atau lain-lain) di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penharaman ini berkuatkuasa dengan segera". - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >